22 May 2008, 9:15 pm
lukman
terima kasih atas tulisannya....
Man, tulisan itu saja hadiah abah untuk mereka yang sudi membaca. Nak bag benda lain, abah tak mampu.
|
21 May 2008, 6:48 pm
shida
Abah.. salam perkenalan dari shida
Shida, abah sambut seikhlasnya salam perkenalan shida. Semoga perkenalan akan bawa manfaat untuk manusia sejagat, insyaAllah.
|
20 May 2008, 10:56 pm
ain 93
sedihnye
Ain, banyak lagi ruang kesedihan dalam hidup, andai saja kita buka ruang pandangan seluasnya. Namun biarlah kesedihan itu mampu bangkitkan rasa kesedaran pada kita, dan mampu beri kita ruang untuk perbaiki ia. Terima kasih sudi singgah blog abah.
|
17 May 2008, 1:06 am
sue
salam...hai Abah, lama x melawat...hehe bz sangat konon...nak wish Selamat Menyambut Hari Guru untuk Abah...terima kasih untuk segala ilmu dan tunjuk ajar...
Salam Sue, terima kasih banyak2. Jasa abah tak seberapa, tapi abah syukur jika ia mampu beri kesan kebaikan pada diri pelajar2 abah. lepas ni Sue pulak kena tunjukajar Fauzul Azim, moga dia jadi anak soleh, tapi jangan la pakai teknik merepek abah.
|
14 May 2008, 1:59 am
Anak Autis
Assalamu'alaikum Salam kenal abah, saya dari Indonesia. semoga posting blog abah dapat berguna bagi kita.
Waalaikumsalam wbt Anak Autis. Salam kenal juga dari abah, semoga perkenalan ini mampu membawa seribu kebaikan untuk semua. Salam kesejahteraan untuk rakan2 dari seberang.
|
10 May 2008, 8:45 pm
muzem
abah, kirim kek lapis Sabah 1, boleh?.
Muzem, kek lapis sabah takdek. Yg ada kek lapis sarawak. Abah tahu mana nak carik kek lapis sarawak yg sangat sedap. nanti kalau ke penang lagi, abah bawak satu untuk Muzem.
|
30 Apr 2008, 6:14 am
UncleJ
salam abah..apa kabar?..harap abah dgn family sihat...baby dah pandai ckp nak adik ke?
Salam UJ, alhamdulillah, abah sihat. Family pun sihat uncle. Si kecik tu pun maakin sihat. Cuma tak pandai lagi cakap nak adik...Ekeke, abah pun tunggu gak dia pandai cakap kat Ummi dia camtu.
|
27 Apr 2008, 1:31 am
muzem
salam, jgn lupe buzz bile dah sampai atas jambatan penang nanti ni, k abah!..
Salam zem. InsyaAllah, sampai penang nanti, muzem akan jadi org pertama yg akan abah buzz. Camping elok2 tau!
|
15 Apr 2008, 8:39 pm
siti rogayah
salam.best tulisan abah pasal wali. sy tak penah tgk pun gmbr tu...erm..semoga shbt2 kita yg hebat diuji terus diberi kekuatan...ameen..
Salam Siti. Kalau nak tgk, diyoutube ada cerita Wali tu. Mendoakan, itulah yg termampu kita buat untuk sahabat2 sebegini. Terima kasih kerana sudi singgah diblog abah.
|
12 Apr 2008, 6:11 pm
Bai
tahniah abah..wlaupun dah trlmbat..hehe
Bro, tenkiu2 atas ucapan tahniah itu. Dan tahniah juga utk bro sebab dah kumpul 3 aset penting dalam hidup.
|
10 Apr 2008, 5:33 am
Nisa Mokhtar
Salaam Abah,
Abah ada bertanya soalan dalam "Cerita tentang perwatakan... " jawapannya ialah memang masih ada.... alhamdullillah saya masih ada kesihatan dan kerjaya dan anak2 jadi tak lah seteruk kak zai...tapi "sakit" yang saya rasa pastinya sama...
Salam Nisa,
Sedih juga bila tahu realitinya ramai antara kita masih berperwatakan sebegitu, disebalik ajaran Islam yg dipelajari sejak kecil. Semoga Nisa akan terus kuat, demi diri, demi anak-anak dan demi agama Allah, insyaAllah.
|
5 Apr 2008, 12:58 am
diana
abah, saye mempunyai masalalh.. diharap abh dpt membantu
diana, abah harap pada ketika ini, satu keputusan yang terbaik untuk diri diana, telahpun dibuat. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada buat diana.
|
4 Apr 2008, 1:31 am
norzai
salam perkenalan.......
Salam perkenalan dari abah juga Norzai.
|
3 Apr 2008, 9:36 pm
girlz
akum....mnrik cte2 abh dlam nie...mga2 dapt tmbhkan ag crta2 mnrik dn wat pdman
Wsalam girls. Alhamdulillah. Jika ada yg boleh dijadikan pedoman, ambillah. InsyaAllah jika diberi kelapangan, abah akan terus berkongsi.
|
31 Mar 2008, 1:15 am
Gamemaster
Salam hujung minggu
Salam hujung minggu juga Gamemaster. terima kasih kerana masih sudi melawat blog abah.
|
28 Mar 2008, 4:05 am
muzem
Cerita Ihsan tu mmg sangat berobjektif. Mcm cite2 dlm Majalah Mastika dulu-dulu. Bile abis tgk cite tu, terus ni kol mak kat kg. huhu. Rase syahdu.. Ok lah, singgah sat jek ni. Abah take care!.
Itulah baiknya cerita2 macam itu, mampu mengingatkan penonton tentang perkara baik. Muzem pun tak care juga ya! Selamat bercuti hujung minggu (dengan assignment).
|
25 Mar 2008, 5:53 am
Kak Mis
Tahniah, abah dapat cahayamata baru ya...Alhamdulilah mesti abang sangat dg adiknya sehingga mcm tak nak berpisah dari bantal...itulah anak-anak bila dapat adik kan...TAHNIAH sekali lagi abah...kirim salam ku pada orang rumah semuga persahabatan kita berk
Kak Mis, terima kasih. Alhamdulillah, Allah limpahkan rasa kasih abg pada adiknya. Tapi tak tahulah besar nanti mcm mana. Akan abah sampaikan salam pd Ummi. Dan semoga akan terus bersahabat, insyaAllah.
|
21 Mar 2008, 8:05 am
bang long
AbahmuizzAzim, apa yg nak di herankan,politik memang macam tu kalau tidak takkan org panggil poli-tikus kpd org2 yg involve didlmnye...
bang long, panjangnya nama. :-). Nasib baik poli-tikus, kalau poli-naga, haruuuu!
|
20 Mar 2008, 6:02 am
Gamemaster
Salam Gamemaster, lengang je abah tgk forum tu.
|
19 Mar 2008, 11:56 pm
anizmazniz_cute
aku suke giler kat mamat yang last-last mati tu... ensem siott.. :
mamat mana la tu ya? Beri d konpius la abah.
|