15 Aug 2007, 1:47 am
aminahm
salam perkenalan dari saya sekeluarga diUPM
Salam perkenalan aminahm, abah sambut dengan seikhlasnya. Semoga kesejahteraan akan tetap milik kita insyaAllah.
|
14 Aug 2007, 2:09 am
sue
Yup Hilmi...dalam dunia x wujud dosa perwarisan yg mana x wujud siapa tanggung dosa siapa..sedangkan iman tidak boleh diwarisi inikan pulak dosa...Allah Maha Adil...tp masing2 harus fhm & tau tjwb kpd diri sendiri & kluarga...
Betul Sue. Sebab itu sebagai ibubapa kena beringat, anak bukan sekadar utk dilahirkan dan diberi makan sahaja, banyak benda lagi yg perlu diberi. itu mungkin satu hikmah org yg tidak ada anak. Tidak ada t/jawab itu atas diri dia. hehe, pesanan utk abah! :
|
13 Aug 2007, 9:23 pm
Hilmi
Nk jwb psl Tanggung Dosa.Ayah akan tggng dosa anak dan isteri mmg slh.Tp ayah akan dipertanggungjwbkan atas dosa anak dan isteri, apabila dia cuai dlm kwjipannya sbg ayah/suami, spt x menegur kesalahan,xguna kuasa/pengaruh yg ada dgn betul dll.
Exactly seperti yg abah tahu!
|
8 Aug 2007, 7:08 am
bang long
Abahmuizz, org kata apa...jgn carik penyakit hehehe idaman memang semua org mengidam
Jawapan bang long sama seperti yang abah duga. Terima kasih kerana mengingatkan. Abah pun tgh cari ubat nak ubati penyakit yang abah dapat dari bang long.
|
2 Aug 2007, 1:46 am
Hilmi
Abah jgn putus asa. "persekitaran begini" bukanlah satu alasan yang baik untuk berhenti mencuba. At least, sekiranya abah diskus balik dengan bos abah, abah boleh tahu apa yg bos abah expect dari abah dn abah boleh perbaiki diri abah di masa depan.
Mi, secara teorinya, banyak benda boleh diusahakan. Tapi praktisnya, abah tidak jamin. Cukup kalau dikatakan, abah berada ditempat yang tidak membenarkan teori2 itu dipraktiskan. Takleh cakap lebih2 , ada yg memantau. Kang jadi 'bad boy' lagi sekali.
|
1 Aug 2007, 9:57 pm
Hilmi
Kalau abah tak puas hati, atau tak setuju dengan rating yg diberikan oleh bos, abah boleh challenge dia dengan berhikmah (constructive confrontation). Cuba bbincang dengan dia dgn bertanyakan soalan2 yg lbh kpd cuba memahami mengapa dia mnilai abah begitu
Mi, satu cadangan yang bagus. Sayangnya, abah tak dapat buat. Bukan sebab tak nak tahu, tapi sebab abah baru disedarkan oleh rakan2, bahawa abah berada dipersekitaran yang 'sebegini', maka abah terima. Abah akan cuba adapt diri dgn persekitaran semacam ni
|
24 Jul 2007, 8:50 pm
lestari_waja
Tahniah abah... Semoga dilimpahkan kesejahteraan buat abah sekeluarga..
lestari_waja, terima kasih. InsyaAllah, moga kesejahteraan Allah milik kita semua.
|
24 Jul 2007, 7:03 pm
sue
wah tahniah Abah..ooo jd ni la berita gembira tu ya...betul la kata hati saya..apapun salam untuk Ummi...jaga baby baik2...hehehe Semoga Abah sekeluarga sentiasa dirahmati, InsyaAllah..Amin...
Mekasih sue. Tapi nasib baik la takde kuliah waktu ni, sebab 'alahan' nak membebel tu dah datang semula, sama spt masa kat Pekan dulu.
dan terima kasih atas doa dan harapan Sue, insyaAllah moga Sue dan Ummi akan diberikan kemudahan oleh Allah.
|
19 Jul 2007, 8:42 am
bang long
Congratulation Abahmuizz & Ummi. Abah,, take gud care of Ummi ya. Muizz will certainly be happy.
bang long, terima kasih. Hehe. InsyaAllah, abah akan jaga ummi sebaiknya. Muizz memang dah lama berharap dapat adik, dan sememangnya dia seronok.
|
14 Jul 2007, 11:05 pm
wak sir
Saya sendiri melihat prosess kelahiran sewaktu isteri melahirkan anak kami yg pertama. Memang kesakitan itu tak tertanggung rasanya jika Allah berikan kepada org lelaki. Kita semua perlu melihat sendiri dan baru kita tau menghargai ibu kita.
Wanita bergelar isteri dan ibu sangat banyak diberi kekuatan oleh Allah, moga kita lelaki ini dapat menghargai kekuatan mereka itu dalam menghadapi dugaan yg Allah beri.
|
13 Jul 2007, 6:14 pm
lestari_waja
assalamualaikum abah... boleh x berikan id ym abah? terima kasih..
waalaikumsalam lestari_waja, ID untuk Yahoo Messenger abah ialah abah_muizz
|
12 Jul 2007, 9:31 pm
nor
Abah,
Memang perit untuk seorang ummi melalui anak. Tapi apakah seorang suami sanggup untuk menceraikan isterinya sewaktu hamil 8 setengah diikutkan jangkaan hanya menunggu masa anaknya lahir ke dunia. Tapi tergamak seorang suami menceraikan isternya ..
Nor, untuk ceritakan ttg seorang individu suami, abah tak berani, kerana dalam ramai2 akan pasti ada individu yang 'selfish' macam itu. Apapun, utk yang menghadapinya, sabar dan berusaha sebaiknya. Suami juga kadangkala perlu disedarkan.
|
12 Jul 2007, 8:41 pm
liza
assalamualakum...sedih juga baca kisah abah muizz...tersentuh hati nurani moga kita sama-sama dapat tarbiahkan diri kita.
Waalaikumsalam wbt Liza. Alhamdulillah, moga2 kita semua akan jadi hamba yang lebih berusaha, lebih bertawakkal, dan lebih tawadhuk pada Allah s.w.t. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah juga akan tetap menyinari kita, insyaAllah.
|
12 Jul 2007, 8:28 pm
lila
x sanggup rasanya nak tengok.bukan kerana takut tapi kerana yang melaluinya itu ibu yang belum tentu diingati anaknya...mak saya lahirkan 11 orang anak,syukur kami masih sayangkan beliau.dia lahirkan anak 1 usia 16 tahun & last usia 46.kami miliknya abadi
Alhamdulillah, walaupun tidak semua ibu beruntung dgn anak2, tapi abah yakin, ibu lila mesti sangat bahagia dengan anak2nya. Semoga ke1-11 anak ibu boleh jaga ibu dgn baik nanti, insyaAllah. Salam buat ibu lila nanti.
|
12 Jul 2007, 5:12 pm
sue
alamak abah saya nak tgk klip tu tp xcukup tabah la...hehe..hrtu penah tgk video pembedahan arwah mak man...tupun x lalu makan bape hr...lgpun takut nak ngk pkkan apa yg akan jd dalam masa beberapa bulan lg...
Sue, banyakkan baca Quran, berdoa pada Allah, moga2 segalanya akan selamat buat Sue. Jangan fikirkan yang bukan-bukan. Abah sekeluarga insyaAllah akan doakan moga Sue akan dimudahkan Allah dalam proses itu nanti.
|
12 Jul 2007, 4:44 pm
Ana
Salam abah...
berair mata ana tgk klip video abah.... ana x pernah rasa sakit bersalin dibedah ..
Salam Ana. Alhamdulilah, kalau airmata itu airmata yang menghargai jasa ibu melahirkan dulu. Dan alhamdulillah jika Ana mampu melahirkan tanpa sakit. Ana abah kira tergolong dalam kategori ibu yang bertuah, seperti beberapa org ibu yg abah kenal.
|
12 Jul 2007, 11:21 am
dina
ermm insafnyer tgok klip video tue....moga2 Allah ampunkan segala dosaku, segala dosa kedua org tua ku....dan fmly ku jua....amin....dan smoga Allah pnjgnkan umur mie n ayah serta adik beradik ku...aku syang mereka smua.....
Amin.
Bangga abah dengan dina. Bertuah ibu ayah yang melahirkan dan membesarkan dina.
|
12 Jul 2007, 1:39 am
liana
Betapa insafnya melihat vidio ini.
Betul liana, sesekali kena juga melihat benda2 semacam ini, yang boleh beri kita sikit keinsafan untuk lebih menghargai hidup dan orang2 disekeliling kita.
|
6 Jul 2007, 1:02 am
sue
salam Abah...apa yg gembira sangat tu..hehe..
Salam Sue, apa yang gembira? Ekeke, ada ler. Tapi abah akan bagitahu juga nanti insyaAllah. Sabar ya!
|
2 Jul 2007, 7:11 pm
azmi abas
salam, boleh abah linkkan laman saya - Jom ke Pulau Pangkor www.cutipangkor.com tk
Salam Azmi, insyaAllah abah cuba linkkan. nanti kalau abah nak ke Pangkor, abah cari Azmi ya?
|